Friday, October 7, 2011

Pada hari ini, genaplah sebulan lebih. Dia pergi tinggalkan aku. Dalam tempoh itu baru sekali aku berpeluang untuk berjumpa dia. Tak sampai sehari waktu aku luangkan bersama dia. Rindu yang ada di hati belum seinci surut. Belum puas aku menatap wajah dia, masa untuk aku pergi tiba.

Sejak dari tarikh aku berjumpa dia. Hubungan antara kami makin kurang. Dah tak ada sebarang call atau message seperti sebelum aku pergi ke sana. Malah dia terpaksa kursus di Kuala Lumpur pun tanpa pengetahuan aku. Berat sangat ke permintaan aku pada dia selama ini?

Aku rindu sangat pada dia. Aku nak dengar suara dia. Aku nak dengar dia ketawa. Aku nak dengar dan nak pastikan yang dia sihat kat sana. Aku cuma nak ceriakan hari dia. Aku tak nak dia marahkan aku sebab bila dia marahkan aku, mesti aku akan menangis. Aku tak menangis nanti kepala aku sakit.

Aku tak tahu nak minta tolong pada siapa selain dia. Aku tak tahu nak mengadu pada siapa melainkan dia. Aku tak tahu nak bermanja dengan siapa melainkan dia. Aku tak tahu nak bergurau senda dengan sesiapa melainkan dia.

Dulu aku ada ramai kawan, aku ada abang angkat aku tapi sekarang semua dah tak ada sebab aku tak nak dia marah dengan aku. Dulu aku liar sangat, aku keluar je dengan sesiapa yang ajak aku kuar, tapi bila aku jumpa, aku terus jadi jinak. Aku tak kisah kalau tak ada orang ajak aku kuar sebab aku tahu dia sentiasa ajak aku kuar walaupun waktu dia tak tahu nak pergi mana. Penghabisannya waktu itu, kita orang duduk dalam kereta, kat depan rumah aku, dia pandang aku, aku pandang dia.

Sehari sebelum dia kene posting, kitaorang spend time sama-sama. Dia manjakan aku, dia layan bak puteri raja, dia buat aku rasa bahagia sangat waktu tu. Tapi bila dia hantar aku balik. Aku rasa nak menjerit, pembuluh hati aku rasa nak pecah, aku rasa nak meraung kat dia supaya jangan hantar aku balik sebab aku tak puas lagi menatap wajah dia. Sampai depan rumah aku, aku cuba berlagak biasa sedangkan waktu tu aku dah tak sanggup nak tahan untuk menangis. Aku salam tangan dia, aku cium tangan dia lama sangat. Dia angkat dagu aku dan dia cakap jangan menangis sayang sebab I tak akan tinggalkan you. Mata aku dah bergenang, tapi cuba tahan lagi sebab aku tak nak menangis depan dia. Dia cium pipi aku kemudian dahi aku, dia cium lama sangat. Air mata aku jatuh, aku cepat-cepat kesat. Aku terus keluar dari kereta. Dia buka tingkap, aku berdiri depan dia. Aku cuba mengelak dari pandang mata dia sebab aku tak nak dia nampak aku menangis. Aku suruh dia pergi sebab aku takut aku akan jatuh menangis depan. Dia pandang aku seolah-olah dia tak nak lepaskan aku. Air mata aku terus berderu jatuh bila kereta dia bergerak pergi dari rumah aku.

Bermula pada malam itu sehingga sekarang, setiap malam aku menangis rindukan dia. Aku cuba untuk abaikan perasaan itu tapi aku kalah dengan diri dan perasaan aku. Setiap malam aku akan tengok semua gambar-gambar antara aku dan dia. Setiap malam aku akan melihat kalender menghitung hari bila aku akan dapat berjumpa dengan dia semula. Aku tak daya tak larat nak tahan lagi perasaan ini. Aku kalah dengan diri aku dengan cinta aku pada dia.

Setiap masa aku rindukan dia, setiap hari aku ingatkan dia tapi aku tak tahu samaada dia pun sama macam aku sentiasa ingatkan aku, sentiasa rindukan aku. Aku tak tahu. Hujung bulan ini hubungan aku dengan dia akan menjadi lebih renggang. Bermula hujung bulan ini dan selepas ini, aku tahu aku akan menjadi lebih teruk dari sekarang. Bermula hujung bulan ini juga aku tahu dia tak akan ada masa langsung untuk aku. Bermula hujung bulan ni juga, call atau message akan semakin berkurangan atau tak akan ada langsung dari dia. Bermula hujung bulan ini aku akan kembali menjadi Natasha yang sendirian, Natasha yang sepi dan Natasha yang menjadi penunggu kepada cinta yang sejati dan tulus untuk menampakkan sinarnya dalam hidup aku.

Wahai kekasih yang aku cintai dan sayangi,

Ketahuilah bahawa diri ini setiap malam menangis merindukan kamu. Ketahuilah bahawa diri ini setiap malam mengharapkan panggilan dari kamu supaya tidurku akan bertambah lena.
Ketahuilah bahawa diri ini tak berdaya untuk menahanrindu yang sentiasa menggunung dalam hati dan jiwa ini.
Ketahuilah bahawa diri ini perlukan dirimu untuk menjadi ubat dan penawar kepada racun yang sedang menjalar dalam badan ini.

Aku harap cinta aku dan dia akan berakhir di satu noktah yang pasti.

"Ya Allah, andai dia adalah jodoh yang telah Kau tetapkan untuk aku, maka Kau permudahkan segalanya agar kami bersatu dan andai dia bukan jodoh yang Kau tetapkan untuk aku maka Kau jauhkanlah dia dari hidup aku, Kau hapuskanlah kenangan yang wujud dalam hidup ini antara aku dan dia, Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini tanpa dia, Kau limpahkan cahaya hidayah Mu kepada aku Ya Allah. Aku redha Ya Allah dengan segala ketetapan yang Kau berikan pada ku Ya Allah."

No comments:

Post a Comment