Saturday, May 29, 2010

Broken Heartz From Love 1

Masih lagi terbayang jelas di ruang minda dan mata ini, segala kenangan aku bersama dia. Walaupun aku telah mampu untuk melupakan dia namun aku tak mungkin akan melupakan semua kenangan antara aku dan dia.

Terasa bagai semalam baru kejadian itu berlaku. Aku tak mengerti mengapa dia yang aku tetap fikirkan sedangkan hati ini hebat dilukai oleh dia. Aku menjadi tidak jujur dengan diriku apabila datang soal hati dan cinta.

Aku sentiasa dihujani soalan yang sama oleh lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku, dan aku berpura-pura dalam menjawab soalan itu. Aku tak pernah mengharapkan sesuatu yang indah untuk berlaku dalam hidup aku. Aku cuma pinta agar hati ini tidak akan dilukai oleh kaum Adam lagi.

Dalam percintaan, aku tak pernah mencari kemewahan harta atau kecantikan rupa paras seseorang itu, yang aku cari dan yang aku perlukan adalah masa dia untuk diluangkan bersama aku, perempuan yang dia sayangi dan cintai... Adakah itu terlalu mewah dan mahal harganya berbanding dengan berlian, permata dan topup?

Bila mula mengenali aku, tak pernah sehari dia miss untuk menghubungi aku. kemudian dia menyusun kata lamaran untuk menyunting aku sebagai teman istimewanya. Aku tangguhkan jawapan untuk melihat sejauh mana kesungguhan dia. Dan dia sanggup tunggu.

Tiba saat aku berikan jawapan yang ditunggunya, dia tersenyum lebar. Masuk minggu ketiga, hubungan itu berjalan, secara mendadak, handphone ini tidak pernah berbunyi kembali, walaupun sehari dari dia.

Setiap masa dan saat, aku menunggu panggilan dan sms dari si dia, bila aku menghantar atau menelefonnya, pasti tiada jawapan dan balasan darinya. Aku jadi keliru dengan apa yang berlaku. Aku sering tenangkan diri dengan memikirkan dia mungkin sibuk dengan kerjanya, namun aku tidak mampu untuk terus berpegang dengan fikirkan itu.

Aku tak mampu untuk mengalirkan air mata ini lagi setiap kali aku terkenang dia. Memang aku sayangkan dan cintakan tapi apa gunanya aku bertepuk sebelah tangan, sedangkan dia cuma mencari aku bila dia kebosanan.

Tak terlintas di hati aku untuk curang apatah lagi untuk meninggalkan dirinya, tapi salahkah diri ini apabila aku menyambut tangan lain yang datang menghulur di saatkan aku paling perlukan dia? Aku terpaksa pilih yang mana terbaik untuk aku. Aku tak pernah curang atau berniat untuk melukakan hati dia sepertimana hati aku, dia lukakan dalam diam.

Dan rentak hubungan ini tak pernah berakhir dari dulu hingga sekarang, semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku semua tak mampu untuk meluangkan masa mereka pada aku. Kenapa alam percintaan aku terjadi begini? Mengapa terlalu sukar untuk aku capai pelangi di ufuk langit sedangkan yang aku pinta hanyalah masa untuk diluangkan bersama aku, bukannya intan, emas atau berlian.

Diri dan hati ini terlalu penat dengan permainan yang dimainkan dalam hubungan ini, aku tak mampu untuk membiarkan hati ini dilukai dalam diam seperti dulu. Dan aku juga tidak mahu merasa kesunyian dan kesepian setiap kali aku melihat pasangan lain bermesra dan bermanja.

Hati ini sentiasa sebak dan sebu tatkala melihat kemesraan pasangan lain...